[VIDEO] Pemecatan Zakaria tidak jejas gerak kerja PKR: Fuziah

Laporan Sinar Harian berhubung dua ahli PKR dipecat serta-merta. (Gambar kecil: Fuziah Salleh)
Laporan Sinar Harian berhubung dua ahli PKR dipecat serta-merta. (Gambar kecil: Fuziah Salleh)
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Isu pemecatan Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat yang juga Ketua Cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid tidak menjejaskan gerak kerja dan keutuhan parti khususnya di cabang Bera.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Fuziah Salleh berkata, keputusan tersebut telah dibuat setelah menerima nasihat daripada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, Datuk Ahmad Kassim di mana pihak jawatankuasa disiplin bertindak berpandukan laporan yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, MPN Pahang sentiasa mematuhi dan akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti dan isu itu tidak sama sekali menjejaskan gerak kerja dan keutuhan parti.

"Saya telah mengambil maklum tentang pemecatan beliau (Zakaria) berkuat kuasa serta-merta melalui Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zakaria dan seorang lagi ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi dipecat serta-merta hari ini selepas dikaitkan dengan kes salah laku rasuah dan suapan ketika pemilihan parti tahun lepas.

Salah laku kedua-dua ahli PKR itu diperakukan SPRM melalui surat yang diterima parti pada 23 Oktober lalu.

Mereka bagaimanapun berhak mengemukakan rayuan terhadap keputusan sebagaimana dijelaskan Ahmad pada sidang akhbar berhubung pemecatan itu di Ibu Pejabat PKR hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Dua ahli PKR Pahang dipecat serta-merta