Gelagat graduan curi perhatian netizen

Gelagat graduan cuit hati netizen.
Gelagat graduan cuit hati netizen.
A
A
A

GOMBAK - Gelagat lucu seorang graduan yang dirakam lensa kamera ketika siaran langsung Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-35 mencuri perhatian netizen.

Video yang tersebar di laman sosial itu menunjukkan reaksi ceria, bersemangat graduan yang dikenali sebagai Rahimie Ramli.

Lebih mencuit hati netizen apabila pemuda itu sempat memberi 'flying kiss' kepada lensa kamera.

Bukan itu sahaja, video berdurasi 11 saat dimuat naik di Twitter miliknya memaparkan graduan itu turut menggoyangkan kedua bahunya sekadar gurauan dan jenaka hingga membuatkan rakan sekelilinginya turut ketawa.

Kata Danial_Hashim,"Saya terhibur!!!"

Aksi teruja itu sehingga kini meraih lebih 135,200 tontonan setelah dimuat naik petang semalam.

Menerusi bebenang Twitternya, pelayar juga berkongsi momen indah ketika wajah dirakam lensa kamera pada majlis konvokesyen masing-masing.

Mereka juga menyifatkan pengalaman itu adalah perkara yang sukar dilupakan malah sekadar suka-suka sebelum meninggalkan dunia pengajian.

Artikel Berkaitan: