235 terima darjah kebesaran, pingat kehormat Sabah

Juhar mengurniakan pingat PGDK yang membawa gelaran Datuk kepada Peter Sak Moon Loong (kiri) pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Sandakan hari ini. - Foto Bernama
Juhar mengurniakan pingat PGDK yang membawa gelaran Datuk kepada Peter Sak Moon Loong (kiri) pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Sandakan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SANDAKAN - Ahli perniagaan berasal dari Tenom dan penasihat Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong mendahului 235 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat Sabah di sini hari ini.

Ahli perniagaan, Datuk Peter Sak Moon Loong, 69, dan penasihat Vui Keong, Datuk Tiong King Kiong, 78, menerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Istiadat pengurniaan anugerah kebesaran negeri itu diadakan sempena hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri, yang disambut pada 5 Oktober lepas.

Dua pengamal media Sandakan turut menerima anugerah iaitu Pengerusi Persatuan Media Sandakan Sabah (Pemassa) yang juga wartawan New Sabah Times, James Leong Tshun Kian yang menerima anugerah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), dan seorang lagi ahli jawatankuasa Pemassa, R Fauji Abdul Lahap daripada Jabatan Penerangan menerima anugerah Bintang Kinabalu (BK).

Pada majlis istiadat itu, hanya dua menerima PGDK, yang merupakan darjah kebesaran kedua tertinggi di Sabah manakala tujuh menerima ASDK.

Seramai 49 menerima anugerah Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 92 menerima anugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK) dan 59 menerima anugerah Bintang Kinabalu (BK) serta 26 menerima Sijil Kehormat. - Bernama

Artikel Berkaitan: