Tiga suspek curi kereta diberkas

Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas pemandu sebuah kenderaan. - Foto Polis Daerah Klang Selatan.
Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas pemandu sebuah kenderaan. - Foto Polis Daerah Klang Selatan.
A
A
A

KLANG - Tiga suspek disyaki terlibat kes curi kereta di Pandamaran diberkas dalam operasi bersepadu malam tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dalam kenyataannya melalui Facebook rasmi memberitahu, tiga suspek itu ditahan pada jam 12 tengah malam.

Operasi yang diketuai oleh Asisten Komisioner R Muniandy selaku Pegawai Medan itu melibatkan tiga pegawai kanan dan 34 pegawai pangkat rendah termasuk pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR).

Dalam perkembangan sama, sebanyak 86 kenderaan dan 112 individu telah diperiksa melalui sekatan jalan raya, manakala 47 saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

"Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mencegah dan membanteras jenayah bagi memastikan daerah Klang Selatan sentiasa aman dan selamat," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: