Urus pindah maahad tahfiz, 10 rumah

Mohd Asmirul (dua dari kiri) ketika hadir melancarkan Karnival Rapat Rakyat dan Kuala Muda Kedah Tourism Fair 2019 di Menara Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah di sini hari ini.
Mohd Asmirul (dua dari kiri) ketika hadir melancarkan Karnival Rapat Rakyat dan Kuala Muda Kedah Tourism Fair 2019 di Menara Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah di sini hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Fasa pertama pembangunan di Tapak Tamadun Awal Asia Tenggara, Sungai Batu dijangka bermula awal tahun depan membabitkan ruang pentadbiran dan fasiliti awam.

Exco Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah, Mohd Asmirul Annuar Aris berkata, ia berikutan terdapat beberapa pindaan yang dibuat Jabatan Warisan Negara selain pengurusan perpindahan pelajar tahfiz dan penduduk tempatan yang terlibat di kawasan terbabit.

Menurutnya, fasa pertama dijangka bermula Januari depan sebelum tapak arkeologi itu dibuka kepada orang ramai khususnya pelancong bagi merancakkan arkeopelancongan Kedah.

"Memang kita dah nak jalankan tahun ini tetapi ada sedikit pindaan. Mungkin awal tahun depan akan mula," katanya ketika melancarkan Karnival Rapat Rakyat dan Kuala Muda Kedah Tourism Fair 2019 di Menara Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah di sini.

Mohd Asmirul berkata, projek pembangunan tapak bersejarah itu dilaksanakan kerajaan Pusat menerusi Jabatan Warisan Negara.

Katanya, buat masa ini, kerajaan Kedah sedang menguruskan perpindahan sebuah sekolah maahad tahfiz yang berada dalam kawasan tapak selain membabitkan 10 rumah penduduk yang dikenal pasti terlibat.

Mohd Asmirul (tengah) bergambar selepas melancarkan Karnival Rapat Rakyat dan Kuala Muda Kedah Tourism Fair 2019 di Menara Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah di sini hari ini.
Mohd Asmirul (tengah) bergambar selepas melancarkan Karnival Rapat Rakyat dan Kuala Muda Kedah Tourism Fair 2019 di Menara Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah di sini hari ini.

"Kita yakin rakyat Kedah teruja menantikan tapak arkeologi berkenaan dibuka yang menyaksikan penemuan artifak tinggalan tamadun awal bukti kewujudan industri peleburan besi dalam kawasan Lembah Bujang itu dibangunkan dalam masa terdekat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Pas mendesak kerajaan Kedah serius membangunkan tapak berkenaan yang dilihat mampu menyingkap sejarah identiti ketamadunan bangsa sekali gus diiktiraf sebagai tamadun awal Asia Tenggara.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, satu kerugian sekiranya Sungai Batu tidak mendapat perhatian sewajarnya memandangkan ia merupakan tapak warisan agung bangsa terdahulu yang berpotensi dibangunkan menerusi pelbagai prospek antaranya ekonomi dan pelancongan.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi pembangunan dan penyelidikan tapak warisan sejarah negara itu agar dapat dibangunkan dan dibuka untuk kemudahan pelawat serta kelestarian tapak.