Royal Escapade 2.0 tawar hadiah kereta

Personaliti media sosial terkemuka tempatan turut hadir untuk memeriahkan pelancaran Royal Escapade.
Personaliti media sosial terkemuka tempatan turut hadir untuk memeriahkan pelancaran Royal Escapade.
A
A
A

ALOR SETAR - Pusat membeli-belah terkemuka, Aman Central melancarkan kempen ulang tahun ke-4 bertemakan Royal Escapade 2.0.

Dilancarkan bersama rakan strategik, penampilan selebriti dan personaliti media sosial, kempen itu menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk direbut.

Hadiah utama yang bakal mengejutkan pengunjung bertuah tersembunyi dalam kotak Peek-A-Boo berupa sebuah kereta baharu dengan kerjasama Auto Gallery Cartrade Sdn Bhd.

Seperti sebelum ini, kempen itu diwujudkan sebagai penghargaan kepada kesetiaan pembeli dan sokongan berterusan pelanggan sambil menikmati tawaran hebat.

Pengurus Pengurusan Harta Kumpulan Belleview, Alexius Liew berkata, pihaknya mahu berkongsi kegembiraan kejayaan mereka menerusi kempen Royal Escapade 2.0 dan menjadikan inisiatif ini sebagai peluang kepada Great Realty Sdn Bhd (GRSB) untuk mengucapkan terima kasih dengan memberi ganjaran kepada pembeli kerana menjadikan Aman Central sebagai destinasi premium terkemuka di Wilayah Utara.

Mr Ken Chin (enam dari kiri), Mr Alexius Liew (tujuh dari kiri) bersama semua rakan kerjasama untuk kempen Royal Escapade 2.0.
Mr Ken Chin (enam dari kiri), Mr Alexius Liew (tujuh dari kiri) bersama semua rakan kerjasama untuk kempen Royal Escapade 2.0.

“Kami akan terus mengekalkan kerjasama erat dengan peruncit menerusi kolaborasi pemasaran dan promosi menarik, untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pengunjung sekaligus menjana prestasi jualan lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu Pengurus Kanan Pemasaran & Komunikasi Aman Central, Ken Chin berkata, pihaknya berharap sambutan kali ini lebih meriah berbanding kempen Royal Escapade tahun lalu, yang mencatat hasil jualan keseluruhan sebanyak RM7 juta.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Royal Escapade 2.0 bakal menjadi penanda aras baharu di mana kolaborasi kali ini menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi oleh lebih ramai pemenang!

Antara hadiah hebat termasuk, dua tiket penerbangan pergi-balik ke United Kingdom tajaan Cosas United, dua buah kerusi urut OSIM uDiva 2, koleksi ‘Must-Haves’ Carlo Rino, TOMEI, sebuah iPhone 11, baucar tunai Medi Beaute bernilai RM500, bekalan ecoBrown Gold Mixed Wholegrain Rice selama setahun, set hadiah Bath & Body Works dan Victoria's Secret.

Untuk penyertaan, pengunjung hanya perlu berbelanja sebanyak RM200 minimum dalam satu resit di mana-mana outlet di Aman Central untuk menebus satu borang peraduan, bermula dari 24 Oktober 2019 hingga 23 Februari 2020.

Semakin banyak anda berbelanja, semakin tinggi peluang untuk menang!

Lebih menarik apabila ganjaran kepada lima pemenang bertuah berupa Gift Box ecoBrown & Original Wholegrain Brown Rice Beverage, baucer tunai AEON Wellness dan Medi Beaute akan diberikan setiap bulan.

Pengalaman membeli-belah di Aman Central pasti lebih menarik dengan kehadiran penyewa baharu seperti The Alley, Adidas, VenzyTea, Jeans Master, OSIM, Medi Beaute, Ms Read, San Francisco Coffee, Dubuyo, Cotton On dan Typo!