Guardian Fun Run tawar hadiah cabutan bertuah RM10,000

Teo bersama tetamu yang hadir pada pelancaran Guardian Fun Run yang diadakan di Kuala Lumpur.
Teo bersama tetamu yang hadir pada pelancaran Guardian Fun Run yang diadakan di Kuala Lumpur.
A
A
A

GUARDIAN Malaysia meneruskan penganjuran acara larian terbesarnya, Guardian Fun Run untuk edisi kedua yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang pada 23 September nanti.

Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan pelbagai permainan, persembahan hiburan, pensampelan produk kesihatan dan kecantikan serta trak makanan kepada peserta.

“Guardian Malaysia juga menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi oleh peserta iaitu baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai hadiah utama dan hadiah untuk Peraduan Kostum Terbaik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, yuran pendaftaran yang ditetapkan untuk menyertai acara itu pada harga maksimum RM60 untuk peserta dewasa dan mereka akan menerima beg hadiah berisi produk bernilai RM150 pada hari larian.

Terdapat empat kategori larian pada tahun ini iaitu 3 kilometer (KM) Family Run - Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun sahaja, 3KM Family Run, terbuka (13 Tahun & ke atas), 5KM Fun Run, terbuka (13 Tahun & ke atas) dan 5KM Larian Maya yang membolehkan peserta yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.

Pendaftaran untuk acara larian itu kini telah dibuka sehingga 31 Julai 2023 dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun 2023.

Sebagai alternatif, mereka juga boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR Guardian Fun Run di semua platform media sosial Guardian, laman web, stor dalam talian dan muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ pada Apple App atau Google Play untuk mendaftar.