Tiga peniaga warga asing ditahan, tujuh lagi disita barangan

Pegawai Imigresen membuat semakan dokumen ke atas warga asing pada Operasi Khas Bersepadu DBKL di Pasar Borong Kuala Lumpur semalam. - Foto DBKL
Pegawai Imigresen membuat semakan dokumen ke atas warga asing pada Operasi Khas Bersepadu DBKL di Pasar Borong Kuala Lumpur semalam. - Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tujuh penjaja warga asing dikenakan tindakan sita barangan, sementara tiga yang lain ditahan dalam Operasi Khas Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Pasar Borong Kuala Lumpur semalam.

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua yang diambil tindakan dikesan melakukan kesalahan meniaga tanpa lesen serta tiada dokumen perjalanan sah.

"Operasi ini dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Van yang ditarik sementara barangan jualan milik warga asing yang disita semasa Operasi Khas Bersepadu DBKL semalam. - Foto DBKL
Van yang ditarik sementara barangan jualan milik warga asing yang disita semasa Operasi Khas Bersepadu DBKL semalam. - Foto DBKL

"Imigresen melakukan pemeriksaan ke atas 13 warga asing yang tiga daripadanya ditahan untuk tindakan lanjut atas kesalahan tiada dokumen perjalanan sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam operasi sama katanya, DBKL turut menunda 10 kenderaan buruk tersadai yang ditinggalkan di tempat awam serta kenderaan yang membuat halangan lalu lintas.

"Sejumlah 21 notis tindakan pelbagai kesalahan lalu lintas telah diambil oleh pihak JPJ.

Lori tersadai yang diangkut DBKL semalam.
Lori tersadai yang diangkut DBKL semalam.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL serta agensi terlibat, " katanya.

Katanya, tindakan penguatkuasaan secara bersepadu akan diteruskan oleh DBKL sehingga penghujung 2019.