Pelancong terbangkan dron di Taj Mahal ditahan

Empat pelancong ditahan kerana menerbangkan dron di kawasan larangan di Taj Mahal.
Empat pelancong ditahan kerana menerbangkan dron di kawasan larangan di Taj Mahal.
A
A
A

NEW DELHI - Empat pelancong Rusia diminta menulis surat permohonan maaf selepas ditahan pihak berkuasa ketika menerbangkan dron di kawasan larangan di sekitar Taj Mahal di Agra, India semalam.

"Ketika disoal siasat, mereka maklumkan tidak tahu bahawa ia adalah kawasan larangan dan aktiviti itu tidak dibenarkan.

"Mereka dilepaskan selepas menulis surat meminta maaf. Pihak polis mengambil butiran pasport mereka dan tiada dakwaan difailkan," menurut pegawai polis, Rohan Botre.

Difahamkan, pelancong berkenaan menerbangkan dron dengan kamera kerana tiada sebarang papan tanda yang mengatakan mereka tidak boleh melakukan aktiviti tersebut.

"Insiden seperti itu pernah berlaku sebelum ini dan kami sedang menyediakan papan tanda amaran bagi mengelakkan kejadian sama berulang," kata Botre.

Monumen cinta agung Taj Mahal merupakan mercu tanda paling terkenal di India dan menarik kira-kira tujuh hingga lapan pelancong setiap tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan: