AADK cekup 14 penagih dadah

Beberapa individu individu ditahan Ops Cegah dilakukan sepasukan anggota Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda Sungai Petani dekat sini kelmarin.
Beberapa individu individu ditahan Ops Cegah dilakukan sepasukan anggota Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda Sungai Petani dekat sini kelmarin.
A
A
A

ALOR SETAR - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda menahan 14 penagih dadah pada Ops Cegah beberapa lokasi tumpuan sekitar Sungai Petani, di sini semalam.

Sepasukan Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda melakukan serbuan selama 14 jam bermula 9 pagi di Kampung Segantang Garam, Kampung Pengkalan Lebai Man, Taman Ria Mesra Gurun, Kampung Pengkalan Kakap dan Kampung Simpang Tiga Pasir.

Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda Irdawati Abdul Hamid berkata, kesemua mereka berusia antara 23 hingga 53 tahun.

Menurutnya, sembilan daripada individu yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala lima lagi positif methamphetamine dan morfin

"Kesemua mereka akan dituduh di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983) pindaan 1998," katanya.

Sehubungan itu, katanya, semua yang terlibat dengan masalah dadah diharap tampil ke pejabat AADK daerah Kuala Muda bagi mendapatkan bantuan segera dan khidmat nasihat bagi membantu mengatasi masalah ketagihan dadah serta mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela.

Artikel Berkaitan: