IPK Kedah terima Toyota Hilux

Muhammad Azlee turut melihat dan mencuba kenderaan Toyota Hilux yang diserahkan kepada 16 balai di seluruh Kedah.
Muhammad Azlee turut melihat dan mencuba kenderaan Toyota Hilux yang diserahkan kepada 16 balai di seluruh Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 16 kenderaan Toyota Hilux yang diterima Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi menggantikan kereta Perodua Kancil diharap dapat membantu membanteras jenayah pada kadar yang lebih baik di negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah berkata, pengagihan kenderaan bagi fasa pertama itu untuk menukar ganti kenderaan Perodua Kancil yang digunakan ketua polis balai.

"Kita memang menyediakan satu kenderaan untuk ketua balai polis bagi tujuan khidmat kepada masyarakat setempat. Kami harap penggantian kenderaan ini juga dapat membantu dan memberikan perhatian di kawasan jenayah yang agak tinggi," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Toyota Hilux Kepada Ketua-Ketua Polis Daerah di IPK Kedah.

Muhammad Azlee (tengah, depan) bergambar bersama pegawai-pegawai kanan dan wakil pembekal kenderaan Toyota Hilux selepas majlis penyerahan di IPK Kedah hari ini.
Muhammad Azlee (tengah, depan) bergambar bersama pegawai-pegawai kanan dan wakil pembekal kenderaan Toyota Hilux selepas majlis penyerahan di IPK Kedah hari ini.

Hadir sama ketua-ketua jabatan IPK Kedah, wakil syarikat pembekal kenderaan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd dan pegawai kanan IPK Kedah.

Muhammad Azlee berkata, terdapat 54 balai polis di Kedah dan agihan baki 38 lagi kenderaan Toyota Hilux akan dilakukan secara berperingkat.

16 kenderaan Toyota Hilux yang diterima adalah daripada jumlah 200 keseluruhan kenderaan jenis diedarkan di seluruh negara bagi menggantikan kenderaan guna sama ketua polis balai.

Artikel Berkaitan: