Perlis tak setuju tanggung kos rawatan perubatan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - Kerajaan Negeri Perlis tidak bersetuju dengan pelaksanaan rawatan perubatan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri (PAN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Berkanun (PBB) ditanggung oleh majikan masing-masing.

Exco Sumber Asli dan Alam Sekitar; Bioteknologi dan Teknologi Hijau; dan Kesihatan, Teh Chai Aan berkata, kos rawatan kepada pegawai dan pesara perkhidmatan awam Persekutuan serta keluarga yang berkelayakan itu secara tidak langsung membebankan kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri mengambil maklum kemudahan rawatan berkenaan sebagaimana disebut melalui pekeliling yang dikeluarkan ketua Setiausaha KKM bertarikh 15 Oktober 2019.

“Bagaimanapun perlu dipertimbangkan bahawa skim ini membebankan kerajaan negeri yang tidak mempunyai perolehan hasil yang tinggi,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, skim itu juga merumitkan apabila pesakit perlu membayar kos rawatan terlebih dahulu sebelum mekanisma ‘pay and claim’ boleh dilaksanakan.

“Bayaran bil tersebut hendaklah dikutip secara tunai daripada pesakit, kemudian mereka akan membuat tuntutan bayaran berkenaan kepada majikan masing-masing," katanya.

Tambah Chai Aan, keadaan itu merumitkan pesakit yang memerlukan rawatan segera.

"Pekeliling yang dikeluarkan KKM itu menyebut perintah am bab F yang berkuat kuasa 1 Mac 1974.

Artikel Berkaitan:

"Pekeliling perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009 (PP 21/2009) berhubung peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan telah menyatakan bahawa pada dasarnya kemudahan perubatan percuma di hospital atau klinik kerajaan adalah layak diberi kepada pegawai dan pesara perkhidmatan awam persekutuan serta keluarga yang berkelayakan," katanya.