Jika ada menteri sakit, doakan yang baik-baik

Dr Mahathir mengalami pendarahan hidung selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di Kuala Lumpur baru-baru mengejutkan pelbagai pihak.
Dr Mahathir mengalami pendarahan hidung selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di Kuala Lumpur baru-baru mengejutkan pelbagai pihak.
A
A
A

BERITA Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami pendarahan hidung pada sidang media selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di Kuala Lumpur baru-baru ini benar-benar mencemaskan.

Pada sidang media berkenaan, Perdana Menteri dilihat beberapa kali mengelap hidungnya ketika wartawan mengemukakan soalan.

Dr Mahathir bagaimanapun menjawab semua soalan yang dikemukakan wartawan. Hebat bukan?

Kelmarin, tular pula sekeping gambar mendakwa Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir kritikal dan hilang ingatan.

Mohd Anuar yang juga Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) sebelum ini dimasukkan ke unit Neuro HWD (Neuro High Dependency Ward) Institut Kaji Saraf Tun Abdul Rahman, Hospital Kuala Lumpur sejak bulan lalu akibat sakit strok.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung Amanah, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, keadaan Mohd Tahir tidak kritikal seperti mana yang tular di media sosial, sebaliknya beliau sudah stabil dan boleh berkomunikasi dengan baik.

Penghujung bulan lalu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman dilaporkan rebah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat.

Beliau dilihat terdiam secara tiba-tiba, hilang imbangan dan rebah perlahan-lahan, sebelum disambut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang duduk di sebelahnya.

Artikel Berkaitan:

Kemudian kita dikejutkan pula Timbalan Menteri Komunikasi, Eddin Syazlee Shith pula dilaporkan tiba-tiba pengsan ketika mendengar sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Sebenarnya, kesihatan manusia ini ada pasang surutnya dan tidak memilih usia atau bangsa, sesiapa sahaja boleh mengalaminya.

Cuma, apabila ia berlaku kepada pimpinan negara, ada pula tangan-tangan ‘nakal’ menularkan ia dengan membuat kapsyen fitnah mengatakan pemimpin tersebut bakal meninggal dunia dan perlu bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) lagi!

Jangan jadikan fitnah senjata politik untuk meraih populariti murahan. Doakan yang baik-baik sahaja untuk pemimpin dan rakyat.