'Saya dengar tapi tidak tahu apa yang dibincangkan'

Dr Mahathir - Foto fail Bernama
Dr Mahathir - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Saya dengar (pertemuan itu) tapi tidak tahu apa yang dibincangkan," itu reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tular pertemuan lebih 20 Ahli Parlimen BN di kediaman Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi.

Menurut Perdana Menteri, apa yang berlaku dalam pertemuan Ahli Parlimen BN dan Ahli Parlimen PKR di kediaman Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Putrajaya itu adalah di luar pengetahuannya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Kongres dan Pameran Antarabangsa Industri Minyak Sawit (PIPOC) 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan 22 Ahli Parlimen BN dan lima Ahli Parlimen PKR di kediaman Timbalan Presiden PKR itu malam tadi.

Kesemua mereka dilapor tiba jam 7 petang dan meninggalkan kediaman Mohamed Azmin pada jam 11 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamed Azmin jumpa Ahli Parlimen PH, BN di Putrajaya malam ini

Tun M perlu berani rombak Kabinet, kata Rais

Antara yang hadir ialah Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin; Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid, Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

Artikel Berkaitan:

Antara pemimpin lain yang dipercayai hadir ialah Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Selain itu turut dilapor menyertai pertemuan 'hanya makan malam' itu ialah Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noriani Ahmad.