X

Kindly register in order to view this article
!

MPSJ terima Anugerah National Scroll Of Honour 2019

Projek ‘Waste Wise City’ serta ‘Edible Garden USJ 14’ dilaksanakan MPSJ dianugerahkan National Scroll Of Honour 2019 oleh KPKT.
A
A

SUBANG JAYA - Projek Waste Wise City serta Edible Garden USJ 14 yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dianugerahkan National Scroll Of Honour 2019 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

MPSJ menerusi satu kenyataan semalam memaklumkan penyampaian anugerah tersebut disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Kenyataan itu memaklumkan anugerah tersebut diterima ketika Majlis Pelancaran Dasar Kebersihan Negara sempena Hari Habitat Sedunia 2019 Peringkat Malaysia dan Hari Kitar Semula Kebangsaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, Bemban, Melaka.

“Projek Waste Wise City merupakan inisiatif dilaksanakan bagi pengurusan pelupusan lebih efektif di kawasan pentadbiran MPSJ manakala Edible Garden USJ 14 merupakan projek kebun komuniti dilaksanakan penduduk.

“Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin untuk MPSJ terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat agar hasrat MPSJ menjadi sebuah perbandaran mampan akan tercapai,” katanya menerusi kenyataan itu.