Sultan Nazrin anugerahkan darjah, pingat kepada 241 penerima

Sultan Nazrin Shah berkenan menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada Nur Fidrah pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat negeri Perak sempena Hari Keputeraan baginda ke-63 di Balairong Seri Istana Iskandariah hari ini. -Foto Bernama
Sultan Nazrin Shah berkenan menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada Nur Fidrah pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat negeri Perak sempena Hari Keputeraan baginda ke-63 di Balairong Seri Istana Iskandariah hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke ke Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat negeri Perak bersempena ulang tahun ke-63 Hari Keputeraan baginda.

Turut berangkat pada istiadat yang diadakan di Istana Iskandariah di sini ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashilin Mohd Radzi serta barisan Exco kerajaan negeri.

Pada istiadat itu, Sultan Perak turut berkenaan menganugerahkan darjah dan pingat kepada 241 penerima termasuk Ketua Editor dan Penerbitan Berita, Bernama TV, D. R Arul Rajoo.

Arul Rajoo, 51, yang berkhidmat dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sejak 28 tahun lepas menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) daripada Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin Shah turut menganugerahkan pingat kepada dua atlet boling padang negeri Perak iaitu Nur Fidrah Noh dan Syairah Mat Isa yang masing-masing menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Selain itu tujuh individu menerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 23 orang penerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), sembilan penerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 45 penerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 51 penerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 100 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan enam penerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

- Bernama

Artikel Berkaitan: