93 mangsa banjir dipindahkan di Ijok

No Image Caption
A
A
A

KUALA SELANGOR - Hujan lebat sejak petang semalam mengakibatkan beberapa kawasan rendah di Kampung Seri Harmoni Ijok di sini dilanda banjir malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, seramai 93 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Harmoni Ijok.

Menurutnya, semua mangsa dipindahkan ke PSS itu pada jam 9 malam dengan bantuan beberapa agensi kerajaan terlibat.

"Seramai 10 warga emas, 50 dewasa, 30 kanak-kanak dan tiga bayi dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Seri Harmoni Ijok," katanya.

Artikel Berkaitan: