Lelaki jatuh pangsapuri: Wanita direman tujuh hari

Tangkap layar mengenai berita berkenaan. Gambar kecil: A Asmadi
A
A

IPOH - Wanita yang ditahan ketika siasatan kes lelaki dipercayai terjatuh dari tingkat 23 sebuah pangsapuri di Bandar Meru Raya semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan bagi melengkapkan siasatan kes itu.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ketika kejadian, wanita itu berada di kediaman mangsa.

“Siasatan dibuka mengikut seksyen berkenaan bagi mendapatkan beberapa maklumat yang berkaitan,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan mangsa berusia 55 tahun yang telah diberhentikan kerja beberapa bulan lalu ditemui terbaring dengan kesan darah di laluan keluar tempat letak kenderaan apartmen berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki diberhentikan kerja terjatuh dari tingkat 23 apartmen