Suspek samun, rogol wanita Indonesia ditahan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol seorang wanita warga Indonesia di Saleng, Kulai, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, lelaki berusia 31 tahun itu berjaya ditahan sepasukan polis daripada cawangan risikan dan bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di Taman Putri Kulai kira-kira jam 8 pagi semalam.

"Sabtu lalu kira-kira jam 10.36 pagi, seorang wanita warga Indonesia telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai mendakwa beliau telah dirogol pada jam 4 pagi hari yang sama selain barangan miliknya turut diambil lelaki berkenaan.

"Bertindak atas maklumat, lelaki berkenaan berjaya ditangkap dan hasil soal siasat dia mengaku terlibat dengan kes tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beng Yeow berkata, dalam tangkapan tersebut, turut dirampas pisau dan barang peribadi milik mangsa.

"Lelaki itu kini ditahan di lokap IPD Kulai. Perintah reman ke atasnya bermula hari ini sehingga 16 November dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/376 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: