X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Teliti semula larangan, pembekuan pengambilan pekerja asing

Laporan Sinar harian 6 November lalu. Gambar kecil: Che Hassan Che Johan
A
A

KANGAR - Kerajaan digesa meneliti semula dasar larangan serta pembekuan pengambilan pekerja asing ke negara ini bagi mengelakkan industri tertentu terjejas.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Leftenan Kolonel (H) Che Hassan Che Johan berkata, dasar itu jika dilaksanakan bakal menjejaskan industri perabot import yang hampir keseluruhannya menggunakan pekerja asing.

“Industri perabot luar (import) akan tutup dan negara akan menghadapi kemerosotan pelabur yang tinggi.

“Perniagaan berskala kecil dan besar berisiko untuk ditutup dan keadaan ini akan menyebabkan berlaku peningkatan pekerja asing bekerja secara tidak sah di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ramai peniaga yang gulung tikar apabila industri kehilangan sumber untuk menampung kos operasi.

"Malaysia pada masa ini memiliki hampir lima juta pekerja asing sama ada yang masuk secara sah atau tidak sah.

“Permintaan kami sekurang-kurangnya kerajaan memberi kelonggaran ke atas pembekuan pengambilan pekerja asing di sektor servis,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri, Tun Dr Mahahthir Mohamad digesa campur tangan bagi menyelesaikan isu itu.

Pada 8 Ogos lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bersetuju dengan cadangan penutupan penggajian pekerja asing untuk sektor seperti tekstil, tukang emas, tukang gunting dan dobi yang dibekukan sejak 2009.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat subsektor perkhidmatan guna pekerja asing ditutup

Bagaimanapun pada 6 November lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mencadangkan proses kemasukan pekerja asing yang dikendalikan Kementerian Dalam Negeri dikembalikan kepada Kementerian Sumber Manusia.

Latheefa berkata, SPRM melihat perlu ada penambahbaikan sistem dalam pengambilan pekerja kerana Kementerian Sumber Manusia lebih tahu jumlah pekerjaan untuk pekerja asing.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM dedah rasuah dalam urusan pengambilan pekerja asing

Bagaimanapun, Che Hassan berharap kerajaan dapat memberi sedikit pencerahan mengenai industri berkenaan kerana difahamkan pemberian kelulusan untuk menggaji pekerja asing masih dibekukan buat masa ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!