PPSR boleh diperoleh 21 November ini

Dr Amin Senin
Dr Amin Senin
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bagi murid Tahun Enam boleh diperolehi pada 21 November ini di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon terbabit boleh mengambil dokumen itu bermula jam 10 pagi atau menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888.

Menurutnya, semakan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip UPSR Angka Giliran atau PASR dan SMS ke 15888.

“Perkhidmatan ini akan akan diaktifkan bermula 10 pagi 21 November ini dan tamat pada 6 petang 30 November.

“Semakan keputusan UPSR dan PASR juga boleh dilakukan melalui portal lembaga peperiksaan http://sppat.moe.gov.my/semakan,” katanya hari ini.

PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah.

PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas (MBK) masalah pembelajaran.

Artikel Berkaitan: