Kanak-kanak lapar 'intai' makanan di sekolah

Gambar Divya mengintai bilik darjah di sebuah sekolah kerajaan di India bagi mendapatkan lebihan makanan pelajar menyentuh hati warganet.
Gambar Divya mengintai bilik darjah di sebuah sekolah kerajaan di India bagi mendapatkan lebihan makanan pelajar menyentuh hati warganet.
A
A
A

HYDERABAD - Sekeping gambar seorang kanak-kanak perempuan di Hyderabad, India mengintai sebuah bilik darjah sambil memegang mangkuk kosong tular di media sosial.

Gambar bertajuk Aakali Choopu (wajah kelaparan) yang diterbitkan dalam sebuah akhbar Telegu itu diambil di sekolah kerajaan Deval Jham Singh di Gudimalkapur.

Divya, kanak-kanak setinggan yang kelihatan dalam gambar itu akan datang ke sekolah terbabit setiap hari selepas ibu bapanya keluar bekerja untuk mendapatkan lebihan makanan tengah hari pelajar.

Gambar anak pengutip sampah dan tukang sapu itu menyentuh hati warganet dan mendapat perhatian Venkat Reddy, Pengurus Kebangsaan MV Foundation, sebuah NGO berkaitan hak asasi.

Dengan bantuan Reddy dan organisasi berkenaan serta para sukarelawan, Divya kini diterima masuk ke sekolah terbabit.

Susulan gambarnya yang tular di media sosial, Divya (tengah) kini diterima belajar di sekolah yang sering didatanginya bagi mendapatkan makanan.
Susulan gambarnya yang tular di media sosial, Divya (tengah) kini diterima belajar di sekolah yang sering didatanginya bagi mendapatkan makanan.

Menurut Reddy, Divya berasa amat gembira kerana dapat bersekolah dan menikmati makanan enak. - Agensi

Artikel Berkaitan: