KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah

KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang ditangguhkan sebelum ini susulan cuaca panas.
KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang ditangguhkan sebelum ini susulan cuaca panas.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang ditangguhkan sebelum ini susulan cuaca panas.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Dr Norisah Suhaili menerusi surat siaran dan garis panduan yang dikeluarkan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa.

"Mengambil kira situasi terkini, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin," katanya.

Sementara itu, Garis Panduan Aktiviti Luar Insitusi di bawah KPM menetapkan aktiviti luar bilik darjah boleh dilaksanakan di dalam suhu kurang 35°C dengan langkah kawalan dan tahap berjaga-jaga.