X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki Marlboro meninggal dunia

Robert Norris muncul dalam salah satu iklan Marlboro.
A
A

DENVER - Seorang lelaki yang menjadi penyeri kotak rokok terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Marlboro meninggal dunia pada usia 90 tahun di kediaman keluarganya di Colorado awal minggu ini.

Robert Norris adalah model asal kepada rokok keluaran syarikat Philip Morris International Inc selama 12 tahun dan sinonim dengan gelaran ‘Marlboro Man’.

Norris membuat kemunculan pertama pada 1954 dan membintangi ratusan iklan rokok berkenaan di AS dan Eropah sebelum ia diharamkan di kaca televisyen pada tahun 70-an.

Wajahnya turut terpampang di dada akhbar, majalah dan papan iklan di seluruh dunia.

Terkenal dengan imej topi koboi, Norris bagaimanapun tidak pernah merokok sepanjang hayatnya.

Lebih menarik, Norris memutuskan untuk menamatkan kontrak lumayan sebagai lelaki Marlboro kerana menyedari tabiat merokok amat berbahaya kepada kesihatan manusia.

Beliau turut menasihati empat anaknya supaya menjauhi tabiat buruk berkenaan.

Selain Norris, lima lelaki lain pernah menjadi lelaki Marlboro namun kesemua mereka meninggal dunia akibat kanser berpunca daripada tabiat merokok yang kronik. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!