Polis siasat kes pelajar UniMAP hilang

Tuan Ahmad Amar dipercayai tidak pulang ke kediaman pelajar di Unicity Alam Sungai Chuchuh Padang Besar sejak jam 8 malam Khamis lalu.
Tuan Ahmad Amar dipercayai tidak pulang ke kediaman pelajar di Unicity Alam Sungai Chuchuh Padang Besar sejak jam 8 malam Khamis lalu.
A
A
A

KANGAR - Polis telah mengambil tindakan awal untuk mengesan seorang pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Kejuruteraan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tuan Ahmad Amar Tuan Azlan, 23, yang hilang sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengesan pelajar berkenaan yang dipercayai tidak pulang ke kediaman pelajar di Unicity Alam Sungai Chuchuh Padang Besar sejak jam 8 malam Khamis lalu.

Sejak semalam tular di media sosial tentang kehilangan pelajar berkenaan yang dikatakan keluar tanpa membawa telefon bimbit.

Sehingga kini pelajar terbabit masih tidak dapat dijejaki dan dilaporkan masih belum pulang ke kediaman pelajarnya.

Media cuba menghubungi pihak universiti bagaimanapun ibu bapa pelajar berkenaan meminta untuk tidak diberi liputan media.

Begitupun polis masih berusaha mengesan lokasi pelajar berkenaan.

Artikel Berkaitan: