'Dua ular menyorok dalam enjin kereta'

Anggota bomba berusaha menangkap dua ekor ular yang bersembunyi di bahagian enjin kereta terbabit. Foto: Ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha menangkap dua ekor ular yang bersembunyi di bahagian enjin kereta terbabit. Foto: Ihsan Bomba
A
A
A

RAUB - Kecekapan anggota bomba akhirnya berjaya menangkap dua ekor ular yang menyorok dalam enjin kereta jenis Honda Civic berhampiran Klinik Bukit Pampong, Jelu di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Penolong Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, seramai empat anggota bergegas ke lokasi kejadian berjaya menangkap ular jenis tedung selar sepanjang kira-kira 3.6 meter (m) dan ular jenis rusuk kerbau sepanjang 1.5m yang bersembunyi di bahagian enjin kereta.

Beliau tidak menolak kemungkinan ular tedung mengejar ular rusuk kerbau untuk memakan ular terbabit sebelum kedua-duanya bersembunyi di bahagian enjin kereta jenis Honda Civic itu.

"Operasi menangkap ular terbabit mengambil masa selama 10 minit menggunakan penjerut walaupun ular tedung itu sedikit agresif," katanya sambil memberitahu kedua-dua ular terbabit dilepaskan di tempat selamat.

Artikel Berkaitan: