PDRM kaji cadangan KDN kurangkan tempoh tahanan SOSMA

Abdul Hamid (kiri) mendengar penerangan dari Mazlan pada Majlis Perasmian Penutup Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil bertemakan 'Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019' di Universiti Malaya hari ini. --fotoBERNAMA
Abdul Hamid (kiri) mendengar penerangan dari Mazlan pada Majlis Perasmian Penutup Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil bertemakan 'Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019' di Universiti Malaya hari ini. --fotoBERNAMA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia masih mengkaji cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memendekkan tempoh maksimum penahanan reman dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya masih memerlukan perbincangan lanjut mengenai cadangan itu.

"Ia memerlukan kajian mendalam. Itu (baru peringkat) cadangan sahaja dan kita perlu melihat semula perkara ini. Ia masih di dalam peringkat perbincangan.

"Saya tidak boleh beri sebarang jawapan, biarlah kita jalankan kajian dahulu,” katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Perasmian Penutup Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019 di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, di sini tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad.

Sebelum ini, media melaporkan tempoh maksimum penahanan reman yang diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) mungkin dipendekkan kepada 14 hari.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Kabinet berpandangan tempoh tahanan selama 28 hari dalam akta itu adalah terlalu lama untuk seseorang ditahan reman tanpa melalui perbicaraan di mahkamah.

Artikel Berkaitan: