Tindakan Zahid main sentimen polis kaitkan LTTE tidak betul: Muhyiddin

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PONTIAN - Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memainkan sentimen ketidakadilan terhadap polis dalam meraih undi kepada calon Barisan Nasional (BN) sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai adalah tidak betul.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gesaan Ahmad Zahid mahu mengaitkan dakwaan itu melalui keputusan pembatalan mahkamah terhadap dua pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP sebenarnya tidak berkaitan dengan soal pengundi di Tanjung Piai.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin menegaskan keputusan mahkamah tetap dipertahankannya walaupun ada pihak berasa tidak puas hati.

"Ini bukan soal hendak memberi sokongan moral kepada pihak polis dalam isu LTTE dengan mengundi calon BN tetapi soal kebajikan orang Tanjung Piai.

"Mahkamah sudah putuskan (pembatalan dua kes pendakwaan LTTE), mengapa kita masih tidak rasa selesai? Daripada mengundi untuk beri sokongan moral kepada polis, lebih baik kita sokong kerajaan," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Rambah hari ini.

Turut hadir calon PH dari Bersatu, Karmaine Sardini.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin turut hairan dengan tindakan Ahmad Zahid mempertikaikan keputusan mahkamah berhubung kes kematian lapan penunggang basikal lajak dilanggar seorang wanita di Johor tempoh hari.

Menurutnya, sebagai bekas menteri dalam negeri, Ahmad Zahid perlu menyedari tindakannya itu boleh dianggap sebagai menghina mahkamah dan tidak menghormati konsep Rule Of Law diamalkan pentadbiran kerajaan PH.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Ahmad Zahid sewaktu menyampaikan ceramah BN di Kampung Rimba Terjun di sini menyifatkan kejayaan calon BN memenangi PRK Parlimen Tanjung Piai kelak secara tidak langsung membolehkan parti pakatan itu membela nasib polis dan keluarga mereka.

Menurutnya, UMNO dan BN sentiasa memberikan penghargaan terhadap usaha polis melakukan jejakkan siasatan dan tangkapan terhadap individu-individu dikaitkan kumpulan pengganas LTTE.

ARTIKEL BERKAITAN LTTE: Tommy Thomas 'double standard'?