X

Kindly register in order to view this article
!

ADUN Jeram mahu Selangor jadi pelopor tanaman ganja

A
A

SHAH ALAM - Selangor dicadang sebagai negeri paling ke hadapan yang mengusahakan tanaman ganja sekiranya kerajaan membenarkan ia dilaksanakan di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, Selangor sebagai sebuah negeri maju perlu bersedia menjadi pelopor kepada tanaman tersebut.

Malah, katanya, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim dicadang melakukan lawatan ke Thailand yang pertama kali menjalankan penyelidikan perubatan berasaskan tanaman ganja.

"Kerajaan Selangor diminta memberi ruang kepada saya membawa pakar dalam penyelidikan yang boleh membuat pembentangan dan seterusnya dinilai sepenuhnya kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ditanya lokasi sesuai bagi tanaman ganja di negeri ini, Mohd Shaid berkata, masih terdapat tanah kerajaan Selangor yang sesuai bagi pelaksanaan tersebut.

"Tanaman ini memerlukan tempat yang luas sekurang-kurangnya 50 ekar.

"Soal hendak ditanam di mana terpulang kerana ini untuk manfaat negeri dan bukan kepentingan peribadi," katanya.

Beliau memberitahu, sekiranya projek itu dilaksanakan tentunya lebih banyak peluang pekerjaan disediakan kepada rakyat.

"Kepakaran ini bukan sahaja dari segi penghasilan ubat malah kepakaran dari segi faktor keselamatan serta pengawasan yang ketat," katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berhubung kesediaan kerajaan membenarkan penanaman ganja, Mohd Shaid memberitahu beliau menyambut baik usaha terbabit.

"Kerajaan hanya membenarkan bagi tujuan penyelidikan industri semata-mata dan bukannya tujuan perubatan dan eksport.

"Bagaimanapun usaha itu juga baik dan berharap kerajaan membuat kajian lebih terperinci terutama kajian yang menunjukkan tanaman itu berkesan merawat penyakit kritikal seperti kanser dan sebagainya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan benar penanaman hem


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!