Pabuk: Pendapatan 2,000 nelayan terjejas

No Image Caption
A
A
A

KUALA PERLIS – Sumber pendapatan kira-kira 2,000 nelayan di Perlis terjejas apabila mereka tidak dapat turun ke laut sejak lima hari lalu berikutan ombak besar, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Perlis, Nurulhisham Yaakob.

Menurutnya, keadaan air laut yang surut juga menjejaskan nelayan pantai kerana sumber ikan yang berkurangan.

“Nelayan yang membuat tangkapan di kawasan melebihi tiga kilometer dari pantai pula tidak berani ke laut disebabkan ombak tinggi kesan ribut tropika Pabuk,” katanya ketika diminta mengulas keadaan nelayan di negeri ini ekoran ribut berkenaan dari Laut Cina Selatan merentasi utara Semenanjung hingga ke perairan Perlis.

Nurulhisham berkata, kesan ribut itu dirasai di kawasan perairan Perlis menyebabkan para nelayan di negeri ini tidak berani mengambil risiko.

“Mereka kini hanya mengharapkan wang sara hidup RM300 sebulan daripada kerajaan untuk berbelanja namun tidak semua nelayan yang menerimanya” katanya.

Nurulhisham berkata pada masa ini hanya 550 nelayan di Perlis menerima bantuan sara hidup. - Bernama

Artikel Berkaitan: