Sila log masuk terlebih dahulu.

5,000 penduduk terjejas, Jambatan Enggor runtuh

A
A
A
BERITA MOJO 4 MEI 2023

Rutin harian hampir 5,000 penduduk terjejas selepas Jambatan Enggor yang menjadi laluan utama ke Karai termasuk kawasan sejarah, Jambatan Victoria di Sungai Siput, Perak runtuh berikutan hujan lebat berterusan sejak seminggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Kejadian disedari penduduk sekitar jam 11.40 malam pada Selasa dengan kesan runtuhan menghalang keseluruhan laluan jambatan sepanjang 13 meter.

Menurut Rafli Md Nor, buat masa ini, laluan yang menghubungkan penduduk dari beberapa kampung antaranya Enggor, Kampung Jawang, Kampung Loh dan Salak ke pekan Karai itu ditutup sepenuhnya atas faktor keselamatan.

Artikel:

http://bitly.ws/DWxe

http://bitly.ws/DWxh

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian