Sila log masuk terlebih dahulu.

Nelayan Pulau Pinang bantah PSI, jejas pendapatan

A
A
A

MOJO LIVE 14 MEI 2023

[MOJO LIVE] Demonstrasi aman nelayan terhadap Projek Pulau Selatan Pulau Pinang di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Zakaria Ismail berkata, pelaksanaan projek tersebut bakal menjejaskan pendapatan lebih 6,000 nelayan di negeri itu.

Projek PSI yang sebelum ini dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR) adalah projek mega melibatkan tambakan bagi mewujudkan tiga pulau dengan keluasan 1,821 hektar di kawasan selatan Pulau Pinang.

Artikel: https://bit.ly/3O96Q6a

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian