Terowong bawah tanah bongkar rahsia

Polis menemui terowong tersebut selepas jiran melaporkan cubaan memecah masuk ke rumah di Deptford, selatan London.
Polis menemui terowong tersebut selepas jiran melaporkan cubaan memecah masuk ke rumah di Deptford, selatan London.
A
A
A

DEPTFORD - Sebuah terowong rahsia yang ditemui di tingkat bawah bekas teater zaman Victoria membawa kepada penemuan ladang ganja bawah tanah bernilai £40 juta (RM 215 juta).

Laluan sepanjang 70 kaki itu bermula dari tandas sebuah rumah teres ke ruang yang luas di bawah barisan kedai yang menggantikan teater pada tahun 60-an.

Menurut sumber, penyiasat percaya kilang haram itu mungkin telah beroperasi selama sedekad dengan mengaut keuntungan lebih daripada £4 juta (RM 21.5 juta) setiap tahun.

Polis menemui terowong itu selepas jiran melaporkan cubaan memecah masuk ke rumah di Deptford, selatan London sebelum pegawai mendapati lantai tandas itu kosong.

Difahamkan penjenayah terbabit telah menyambung bekalan kuasa utama melalui kabel bawah tanah untuk memanaskan tanaman ganja.

Sebuah lagi laluan dibina di tempat kereta untuk pengudaraan dan laluan melarikan diri.

Penemuan itu mengingatkan adegan dalam filem Perang Dunia Kedua, The Great Escape, apabila penjenayah turun ke laluan bawah tanah melalui pintu yang ditutup dengan jubin untuk menyembunyikan laluan rahsia. - Agensi

Artikel Berkaitan: