284 terima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka

Mohd Khalil (kanan) mengurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Mohammad Mentek pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua ke-81 di Balai Istiadat, Seri Negeri Ayer Keroh hari ini. - Foto Bernama
Mohd Khalil (kanan) mengurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Mohammad Mentek pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua ke-81 di Balai Istiadat, Seri Negeri Ayer Keroh hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Seramai 284 individu hari ini menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2019 sesi ketiga Sempena Hari Jadi Ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Ketua Setiausaha Kerajaan Kementerian Perumahan dan Kerajaaan Tempataan (KPKT) Datuk Seri Mohammad Mentek mendahului senarai penerima dengan anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Seramai tiga orang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira iaitu Pengarah Urusan RDA Group, Datuk Chang Kok Chuang dan Ahli Lembaga Pengarah Besfomec Industries Sdn Bhd, Datuk Low Chew Ping.

Sementara itu, Pengerusi Bukan Eksekutif Grand Esplanade Sdn Bhd, Datuk Mokhtar Haron menerima Anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa kepada gelaran Datuk.

Seramai 55 individu menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk antara penerimanya ialah Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Datuk Prof. Dr. Md Radzai Said, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Datuk Zohari Said, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan, Perancangan Dan Dasar Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Hisamuddin Mohd Sujak.

Pengarah Perancang Bandar Dan Desa Negeri Johor, Datuk Mohd Faidzal Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Dan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Razali Wahab, Ketua Staff Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Senior Asisten Komisioner, Datuk Adnan Abdullah.

Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka, Datuk Saleh Mohd Dom, Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kontinjen Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Sulaiman Salleh, Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Kamaluddin Kassim, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Melaka, Datuk Ibrahim Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka, Datuk IR Ismail Abd Rahman dan Pengarah Urusan Fleet International Holding Sdn Bhd, Datuk Teo Tong Wah.

Dalam pada itu, seramai 19 orang menerima pingat Darjah Seri Melaka (DSM), Bintang Cemerlang Melaka (BCM) 19 orang, Bintang Khidmat Terpuji (BKT) turut diterima seramai 62 orang, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 48 orang, Pingat Bakti Masyarakat (PBM) 72 dan Pingat Khidmat Lama (PKL) lima orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: