Rumah Selangorku 2.0: Rakyat nikmati harga lebih rendah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Dasar Rumah Selangorku 2.0 yang mahu mencapai matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna' selari dengan Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Mohamed Talha berkata, kerajaan negeri dan kerajaan Pusat bekerjasama merangka dan melaksanakan Dasar Rumah Selangorku 2.0.

Menurutnya, enam kriteria DRMM diambil kira kerajaan negeri bagi melaksanakan Dasar Rumah Selangorku 2.0 termasuk piawaian dan standard perumahan mengikut spesifikasi ditetapkan.

"Selain itu harga ditetapkan kerajaan negeri antara RM42,000 hingga RM250,000 adalah lebih rendah dari harga jualan ditetapkan DRMM sebanyak RM300,000

"Bagi kuota pemilikan rumah bagi bumiputera, Selangor menetapkan rumah jenis A dan B sebanyak 70 peratus untuk bumiputera sementara C, D dan E sebanyak 50 peratus," katanya.

Haniza berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Saari Sungib (Amanah - Hulu Kelang) mengenai usaha kerajaan negeri bagi memastikan dasar Rumah Selangorku selari dengan DRMM.

Rumah Selangorku 2.0 dikuatkuasakan 2 April tahun lalu dengan kaedah harga kawalan bagi memberi peluang golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

Artikel Berkaitan: