Lebih 2,000 komik propaganda dirampas: Muhyiddin

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SERDANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika ini telah merampas lebih 2,000 naskhah komik kontroversi 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama'.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu meliputi rampasan yang dibuat di beberapa lokasi selepas ia diharamkan.

"Lebih 2,000 naskhah telah dirampas, namun jumlah tepat tidak dipastikan (lagi)," katanya pada sidang media ketika menghadiri Hari Keluarga KDN di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jumlah keseluruhan propaganda itu yang telah dirampas KDN sehingga kini.

Terdahulu, KDN telah mewartakan perintah larangan terhadap komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' termasuk versi bahasa Inggeris dan Cina.

Langkah itu diambil selepas pihaknya meneliti dan mendapati kandungan komik itu yang antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.

Artikel Berkaitan: