Bertempiaran lari elak kena cekup

Seorang penagih yang bertempiaran lari di kawasan sawah padi di port Sungai Meriam Kota Kuala Muda selepas diserbu dapat ditahan anggota Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda.
Seorang penagih yang bertempiaran lari di kawasan sawah padi di port Sungai Meriam Kota Kuala Muda selepas diserbu dapat ditahan anggota Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 13 penagih dadah termasuk tiga wanita ditahan dalam Ops Cegah di sekitar Kuala Muda kelmarin.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, sembilan penagih ditahan dalam pemeriksaan di beberapa rumah di Flat Paya Nahu.

Menurutnya, enam individu termasuk tiga wanita berusia 23 hingga 41ditahan di lokasi pertama manakala tiga lagi berusia 25,29 dan 57 tahun ditahan di lokasi berasingan di flat itu.

"Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda yang diketuai Irdawati Abdul Hamid bersama lima lagi anggota penguatkuasa turut melakukan serbuan di kawasan sawah di port Sungai Meriam Kota Kuala Muda.

'Bagaimanapun sekumpulan lelaki lebih kurang tujuh orang bertempiaran melarikan diri sebelum empat lelaki berusia antara 28 hingga 37 tahun ditahan," katanya.

Beliau berkata, kesemua 13 tangkapan dibawa balik ke pejabat AADK Kuala Muda.

"Melalui ujian saringan awal air kencing, sembilan didapati positif dadah jenis morphine dan methamphetamine manakala empat lagi hanya positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Katanya, mereka ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3(1) APD 1983 (Rawatan dan Pemulihan) pindaan 1998.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, masyarakat diingatkan terus tampil memberikan maklumat dan aduan agar tindakan segera dapat dibuat ke atas penagih-penagih dadah yang enggan menerima rawatan secara sukarela.

"Mereka juga boleh mendapat khidmat nasihat dengan merujuk atau hadir ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda," katanya.