Tiga individu termasuk dua ADUN didakwa sokong LTTE

Ahli keluarga Saminathan kelihatan sedih sebaik sahaja keluar dari pekarangan Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini.
Ahli keluarga Saminathan kelihatan sedih sebaik sahaja keluar dari pekarangan Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Tiga individu termasuk Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dan Negeri Sembilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketiga-tiga tertuduh, ADUN Gadek, G Saminathan, 34, ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60, dan ketua pegawai eksekutif anak syarikat kerajaan negeri, S Chandru, 38, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan terbabit dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh kira-kira jam 8.30 malam pada 28 November tahun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh di hadapan Hakim, Elesebet Paya wan.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda.

Saminathan turut didakwa memiliki item-item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan LTTE dalam sebuah telefon bimbit di Pejabat Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri lebih kurang jam 10.25 pagi pada 10 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucutkan mana-mana item tersebut.

Prosiding mahkamah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putrajaya, Muhamad Iskandar Ahmad dan Mohd Izhanuddin Alias.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Disember depan bagi sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Ketiga-tiga tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Ayer Keroh Melaka.
Ketiga-tiga tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Ayer Keroh Melaka.

Terdahulu, pengamal media tidak dibenarkan masuk untuk mendengar prosiding dalam mahkamah bagi pendakwaan kes berkenaan dan hanya ahli keluarga serta pemimpin tertinggi sahaja yang dibenarkan masuk.

Turut kelihatan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; ADUN Banda Hilir, Datuk Kok Kiew; ADUN Kesidang, Alex Seah Shoo Chinn; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee selain wakil rakyat Negeri sembilan, Exco Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Kon dan Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong.

Kit Siang yang turut hadir memberi sokongan kepada ketiga-tiga ahli DAP itu.
Kit Siang yang turut hadir memberi sokongan kepada ketiga-tiga ahli DAP itu.