Guru didakwa miliki barangan pengganas LTTE

Sundram dihadapkan di Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini kerana memiliki barangan pengganas LTTE.
Sundram dihadapkan di Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini kerana memiliki barangan pengganas LTTE.
A
A
A

SEPANG - Seorang guru fizik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada R Sundram, 52, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang.

Berdasarkan pertuduhan, Sundram didakwa memiliki item berkaitan LTTE di sebuah premis di Taman Telok kira-kira jam 2.30 petang pada 12 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan dilucutkan item tersebut.

Peguam R Kirthiraj merayu supaya mahkamah membenarkan Sundram diikat jamin sebelum dibantah Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasidi.

Azlina memberi alasan pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak dibenarkan jaminan.

Beliau turut memohon tarikh sebutan semula untuk mendapatkan laporan pakar dan keizinan bagi memindahkan kes ke mahkamah tinggi.

Hakim Saifulakmar Mod Said yang tidak membenarkan jaminan turut menetapkan 16 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Sundram tiba di pekarangan mahkamah jam 8.10 pagi dikawal ketat polis.