X

Kindly register in order to view this article
!

Pesta Pau bakal jadi acara tahunan

Gambar hiasan
A
A

TANJONG MALIM - Pesta Pau 2019 bakal menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan Negeri Perak.

Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Faizal Nizam Md Nor berkata, pesta itu merupakan satu keunikan yang hanya ada di Tanjung Malim.

"Pesta Pau tahun ini disertai lapan pengusaha pau dan sambutan orang ramai sangat menggalakkan," katanya.

"Program ini memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan perkhidmatan dari agensi lain yang tiada di daerah ini seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Yayasan Perak dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pesta Pau 2019 yang turut dihadiri Orang Besar Jajahan Muallim, Datuk Ir Dr Safry Kamal Ahmad; Pegawai Daerah Muallim, Shamsul Ridzuan Idris dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Aminuddin Zulkipli di Balai Lintang Muallim di sini.

Shamsul Ridzuan (tiga dari kanan) memberi penerangan kepada Zainal Azman tentang daerah Muallim.
Shamsul Ridzuan (tiga dari kanan) memberi penerangan kepada Zainal Azman tentang daerah Muallim.

Menurutnya, penganjuran pesta berkenaan kali ini juga lebih menarik apabila turut melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Muallim serta Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).

Pelbagai aktiviti dianjurkan sempena program tersebut termasuk demonstrasi pembuatan pau oleh Fakulti Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Spicy Pau Challenge, sesi karikatur dan Santai Kopi di [email protected]

Peserta Mobile Legend Bang Bang sedang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan sempena program itu.
Peserta Mobile Legend Bang Bang sedang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan sempena program itu.

Turut mencuri tumpuan dalam Pesta Pau 2019 dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Zainal Azman Abu Seman itu adalah aktiviti khas untuk kanak-kanak antaranya pertandingan mewarna, beyblade burst dan Mobile Legend Bang Bang.

Orang ramai menyaksikan secara langsung pertandingan Mobile Legend Bag Bang yang merupakan salah satu aktiviti tumpuan sempena program itu.
Orang ramai menyaksikan secara langsung pertandingan Mobile Legend Bag Bang yang merupakan salah satu aktiviti tumpuan sempena program itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus