Ku Muhammad Muaz graduan terbaik FIM

Ku Muhammad Muaz (tengah), menerima anugerah berkenaan pada majlis konvokesyen berkenaan.
Ku Muhammad Muaz (tengah), menerima anugerah berkenaan pada majlis konvokesyen berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Graduan Food Institute of Malaysia (FIM) Ku Muhammad Muaz Ku Mokhtar dipilih menerima Anugerah Dr Mohamed Haroon sempena Majlis Konvokesyen Ke-17 institut itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pelajar terbaik keseluruhan itu menerima anugerah utama berkenaan selepas pencapaian cemerlang dalam akademik dan penglibatan aktif ko-kurikulum.

Ku Muhammad Muaz menerima trofi, sijil dan wang tunai RM2,000.

Pada majlis berkenaan lima pelajar terbaik turut dipilih daripada setiap kursus menerima trofi, sijil dan wang tunai RM500 setiap seorang.