X

Kindly register in order to view this article
!

Sorok daun ketum dalam kadang lembu

PGA merampas beberapa guni yang berisi daun ketum di sebuah kandang lembu terbiar di Padang Besar, Perlis Khamis lalu.
A
A

PADANG BESAR - Taktik beberapa lelaki yang menyorok daun ketum di dalam kandang lembu terbiar sebelum diseludup ke negara jiran terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Wawasan Khamis lalu.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, operasi kira-kira jam 6 petang itu mengesan beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan di kandang lembu berhampiran pagar veterinar Padang Besar.

"Menyedari kehadiran anggota PGA, kumpulan lelaki tersebut terus melarikan diri menaiki motosikal menuju ke arah jalan besar Chuping-Padang Besar.

"Pemeriksaan di kawasan kandang itu menemui 14 guni putih mengandungi 410 kg (kilogram) daun ketum dianggarkan bernilai RM61,500," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Abdul Ghani berkata, kesemua rampasan telah dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut.

Dalam kes berlainan, pihaknya turut memberkas seorang lelaki berusia 23 tahun di kawasan ladang getah, Padang Besar dalam operasi kira-kira jam 9.30 malam pada Selasa lalu.

Menurutnya, lelaki itu membawa 11 guni putih berisi 377kg daun ketum dengan menunggang sebuah motosikal.

"Daun ketum bernilai RM56,550 dirampas dan suspek yang dibawa ke balai juga disahkan positif dadah jenis syabu," katanya.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan daun ketum itu akan diseludup ke Thailand.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!