'Sayonara' Malaysia, Duta Jepun puji Dr Mahathir

Makio Miyagawa - Foto Bernama
Makio Miyagawa - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dr Makio Miyagawa mengucapkan 'sayonara' kepada Malaysia selepas lima setengah tahun berada di sini sebagai Duta Jepun.

Beliau turut memuji Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai seorang pemimpin yang disayangi, dihormati dan dikagumi kerajaan, rakyat, ahli politik, pemimpin perniagaan Jepun.

"Sekiranya Tun Dr Mahathir seorang doktor perubatan, beliau pastinya telah menyembuhkan ramai pesakit tetapi beliau menjadi pemimpin politik dan beliau telah ‘menyembuhkan’ negara.

"Saya belajar banyak perkara daripadanya. Beliau pemimpin yang sangat baik dan saya harap beliau akan terus menjadi pemimpin yang baik.

"Semua orang di Jepun gembira mempunyai pemimpin sedemikian di Asia," katanya kepada Bernama dalam wawancara sempena penamatan khidmat beliau di negara ini di kediaman rasminya di sini semalam.

Dr Miyagawa, 68, yang memegang Ijazah Doktor Falsasah (PhD) dalam Hubungan Antarabangsa dan Undang-Undang dari Oxford University berkata, beliau akan merindui Malaysia apabila kembali ke negaranya pada Selasa ini tetapi berjanji akan kembali ke negara ini pada masa depan dalam persediaan untuk bersara daripada perkhidmatan diplomatik. - Bernama

Artikel Berkaitan: