Alasan maki polis kerana mengantuk

Kok Keong (kiri) dibawa keluar selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Kok Keong (kiri) dibawa keluar selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

AMPANG - Seorang jurujual didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Tertuduh Kua Kok Keong, 42, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibaca oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Saidina Ali.

Mengikut pertuduhan, Kok Keong mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nurul Afezi Md Akhir di Balai Polis Pandan Indah pada jam 3.50 pagi, 19 Oktober lalu.

Atas kesalahan tersebut, bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-dua sekali.

Nur Intan Syakieraah memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran supaya ia memberi kesedaran kepada tertuduh dan orang awam.

Bagaimanapun, Kok Keong yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringin kerana dia hanya bekerja sebagai jurujual selain perlu menyara dua anak, isteri dan ibu yang uzur.

“Masa itu saya mengantuk kerana bangun awal, sebab itu saya jadi marah. Saya harap mahkamah dapat kurangkan hukuman. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

“Sekarang saya sangat menyesal, kata-kata yang saya keluarkan tidak boleh ditarik balik,” katanya.

Artikel Berkaitan: