Mesyuarat Amanah Bachok pula kecoh

Rakaman kekecohan itu tular di laman sosial.
Rakaman kekecohan itu tular di laman sosial.
A
A
A

KOTA BHARU - Selepas insiden kekecohan di Kluang, Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Bachok pula kecoh apabila ada antara ahli parti itu didakwa tidak berpuas hati dengan syarat pemilihan sedia ada mengikut perlembagaan parti.

Kekecohan itu turut dirakam serta tular di laman sosial.

Menurut sumber dalaman parti itu, majlis yang dihadiri 279 ahli berkenaan sepatutnya bermula jam 8 malam namun ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.

Sumber memberitahu, ada di antara individu yang hadir dikesan tidak membayar yuran dan mereka tidak dibenarkan mengundi.

"Ada di antara ahli yang hadir pada malam tersebut tidak pernah membayar yuran sejak mendaftar menjadi ahli parti itu. Mengikut perlembagaan, mana-mana ahli yang tidak membayar yuran keahliannya tidak aktif dan hilang kelayakan menjadi perwakilan dan mengundi pada mesyuarat tersebut," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini isu tersebut tidak pernah timbul kerana tiada sebarang pemilihan dilaksanakan di kawasan tersebut.

"Tiada pemilihan dilakukan apabila hanya tujuh daripada 26 calon yang berdaftar tidak layak bertanding kerana masalah pembayaran yuran.

"Daripada 19 calon, hanya 15 sahaja setuju menjadi calon manakala empat lagi menarik diri menyebabkan pemilihan tidak perlu dilakukan apabila jumlah ahli jawatankuasa yang diperlukan adalah seramai 15 orang.

"Saya juga difahamkan, mereka yang membuat provokasi tersebut adalah antara mereka yang tidak layak menjadi calon. Mereka juga dikatakan gagal menunjukkan bukti pembayaran yuran, sekali gus tidak boleh bertanding," katanya.

Artikel Berkaitan: