Pulang dana 1MDB: Pengiraan nilai ikut undang-undang

Azam (dua dari kiri) pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
- FOTO ZAHID IZZANI
Azam (dua dari kiri) pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa pengiraan jumlah nilai yang perlu dikembalikan oleh penerima notis kompaun bagi pemulangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mengikut undang-undang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, di dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 telah menjelaskan perkara itu.

"Kalau ada pihak yang pertikai, terpulang kepada mereka. Tiada kesilapan pengiraan di sini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang mempertikai jumlah dana yang diterima dan jumlah wang yang dituntut SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dana 1MDB: 42 pemimpin UMNO sepakat lapor polis

1MDB: SPRM keluar notis kompaun kepada 80 individu, entiti

Menyentuh mengenai perkembangan terkini kompaun berkenaan, seramai 10 peratus penerima memberi persetujuan untuk membayar semula dana tersebut.

"40 peratus menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM, 45 peratus hantar surat untuk membuat rayuan manakala tiga individu tidak mahu menerima serahan notis kompaun berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan aset milik 1MDB di seluruh dunia.

"Pasukan ini akan mengesan aset dan mengenal pasti penyiasat di setiap negara untuk bekerjasama dalam usaha ini," katanya.