Terima aduan isu pemasangan TV Digital

Thana Chew Ne Meng
Thana Chew Ne Meng
A
A
A

ALOR SETAR - Badan Bukan Kerajaan Pertubuhan Bantuan Bertindak Negeri Kedah (PBBNK) menerima pelbagai aduan daripada orang awam yang tidak berpuas hati dengan peralihan siaran TV analog kepada TV digital.

Pengerusi PBBNK, Thana Chew Ne Meng berkata, beliau menerima aduan daripada orang ramai bahawa peralihan itu dirasakan membebankan.

Menurutnya, siaran TV analog beralih kepada siaran TV digital dikhuatiri membebankan rakyat yang sebelum ini tidak perlu mendapatkan dekoder tambahan.

"Saya difahamkan ada beli Android baru-baru ini tetap tidak boleh menonton TV disebabkan perlu menyambungkan dekoder S B-AS T2 dan Aerial UHF.

"Jadi ia dilihat menyusahkan selain membebankan orang ramai perlu memperuntukkan sejumlah wang dan memerlukan kos untuk pemasangan," katanya.

Katanya, orang ramai tidak berkemampuan berbuat sedemikian sekali gus mengharapkan peruntukan untuk memasang dekoder.

Sementara itu, orang awam, Faizulnahirmi Nasron, 38, berkata, dia belum membeli dekoder untuk membolehkan siaran TV digital meskipun siaran TV analog ditamatkan sejak beberapa hari lepas.

"Jadi kami anak-beranak tidak dapat menonton televisyen buat sementara waktu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dia belum membuat pembelian memandangkan kos pembelian dan pemasangan TV digital dirasakan agak tinggi," katanya.