Pelajar Tingkatan 5 masuk hospital akibat racun

SUNGAI SIPUT - [DIKEMAS KINI] Seorang pelajar lelaki Tingkatan 5 dimasukkan ke hospital selepas disyaki meminum bahan beracun dalam kawasan sebuah sekolah, di sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.
“Kerjasama semua pihak diperlukan bagi menghormati privasi mangsa serta tidak mengganggu siasatan polis," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

