Perkeso bantu mangsa maut kemalangan

Mahfuz (dua dari kiri) dan Zamri bersama Skuad Perkeso Prihatin hadir ke rumah mangsa kemalangan maut bagi menyampaikan faedah Perkeso.
Mahfuz (dua dari kiri) dan Zamri bersama Skuad Perkeso Prihatin hadir ke rumah mangsa kemalangan maut bagi menyampaikan faedah Perkeso.
A
A
A

SELAYANG - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tampil menyampaikan faedah kepada keluarga mangsa kemalangan maut melibatkan sebuah lori di bawah jejantas berhampiran tol Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 3 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa, Allahyarham Abdullah Atan@Yaakub, 51, maut apabila motosikal ditunggang dilaporkan terjatuh sebelum dirempuh lori.

Perkeso dalam kenyataan memaklumkan Allahyarham merupakan seorang Pegawai IT di Pejabat Agung Pas Pusat dan merupakan ahli Pas Kawasan Selayang (DUN Kuang).

“Bertindak atas berita yang diperoleh dari laman Facebook tersebut, Skuad Perkeso Prihatin Pejabat Perkeso Rawang telah mendapatkan maklumat lanjut dan mengunjungi keluarga arwah bagi menghulurkan pertolongan untuk menguruskan tuntutan faedah yang layak diberikan oleh Perkeso.

“Oleh kerana kemalangan berlaku sewaktu dalam perjalanan untuk ke tempat kerja, waris arwah layak untuk menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso iaitu Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan,” katanya.

Hadir sama menziarahi keluarga mangsa adalah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar; Pengurus Perkeso Rawang, Zamri Draman bersama Skuad Perkeso Prihatin.

Orang ramai diseru untuk menyalurkan maklumat kes-kes kemalangan seperti ini melalui talian 1 300 22 8000 atau e-mel perkeso@perkeso.gov.my.

Artikel Berkaitan: