Polis buru 13 individu dikehendaki

A
A

KLUANG - Orang ramai diminta tampil membantu polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai 13 individu yang dikehendaki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membantu siasatan berhubung jenayah komersial di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kesemua individu berkenaan diperlukan bagi menyelesaikan kes-kes jenayah komersial yang telah dilaporkan di IPD berkenaan.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Risikan dan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kluang iaitu Insp Muhd Hamzah Hamid.

“Pegawai berkenaan (Inspektor Muhd Hamzah) boleh dihubungi dengan menelefon 07-778 4222 atau 013-300 5680 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Abduh berkata, 13 individu yang dimaksudkan adalah Teo Choon Kiat, 28, yang alamat terakhirnya di Taman Pandan Perdana, Kuala Lumpur; M Megadevan, 30, (Bukit Katil,Melaka), Halimah Marjohan, 34, (Johor Bahru, Johor) dan Mohd Omar Abdullah, 56, (Taman Sri Lambak, Kluang).

Turut dIkehendaki ialah Poon Wei Lun, 29, berasal dari Kajang, Selangor; Abdul Mohamad Hyehoman, 26 (Simpang Renggam, Johor); Nurul Atikah Ismail, 27 (Mersing, Johor); On Chee Siong, 28 (Muar, Johor) serta S Paramesvaran, 43 (Johor, Bahru, Johor).

“Polis juga memburu S Ganesan, 43 dari Renggam, Johor; Azmi Mohd Yassin, 48 (Johor, Bahru, Johor); Farah Dilla Fadzil, 46 (Ipoh, Perak) dan akhir sekali Mohd Shakri Lin Abdullah, 45 (Cheras, Kuala Lumpur).

“Mereka ini dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes yang disiasat melalui Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 4(3), Akta Jenayah Komputer 1997, Seksyen 403 dan 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah,” katanya. - Bernama